50sen seKM Cukup Ker?

Sistem 50sen seKM diperkenalkan dengan “tiba-tiba” pada april 2007, apabila dikaji secara “tertutup” oleh pihak majikan dan memutuskan bahawa pada kadar 50sen adalah berpatutan berasaskan harga minyak pada masa itu bersamaan dengan rm1.92 dan kekal hingga ke hari ini. Ketika itu pihak majikan juga pernah mengadakan mesyuarat dan antara agendanya ialah harga 50sen adalah wajar kerana kalau dibahagi kepada setengah ia bersamaan dengan 25sen iaitu kos minyak secara am bagi pekerja yang memiliki kereta berCC 1500 dan sebahagian 25sen lagi adalah untuk kos bagi penyelerengaan kereta. Walau apa jenis bantahan yang diluahkan oleh pekerja pada ketika itu sehingalah ke hari ini namun pihak majikan hanya bertindak seperti “buat tak tau”.


Antara bantahan yang dikemukakan adalah adalah


-50sen terlalu sikit
Memandangkan perkerja diwajibkan membawa “parts” dari tempat kerja ke tempat pelangan. Tiada masalahnya kalau “parts2” itu bersaiz kecil dan ringan tetapi semuanya besar dan berat terutamanya “parts” untuk pelangan bercap “harimau”. Isunya bukan kereta pekerja tidak dapat memuatkan “parts” yang banyak itu tetapi merujuk kepada harga 50sen tidak merangkumi kos untuk penghantaran kerana 25sen untuk kos minyak dan 25sen yang lagi untuk kos penyelerengaan. Pekerja sering kali berhadapan dengan masalah seperti kes pecah cermin kereta yang begitu panas di sekitar kawasan yang digelar zon hitam iaitu lembah kelang, johor baru dan pulau pinang. Kereta pekerja sering kali dijadikan sasaran bagi sindiket ini kerana kotak kotak “parts” yang mengandungi alat komputer yang berharga tinggi ini menarik perhatian mereka. Apabila membentangkan isu ini kepada pihak management, ia menjawab : memang kadar 50sen tidak merangkumi kos penghantaran tetapi apa salahnya jika pekerja membawa “parts” itu sedangkan pekerja juga akan ke tempat pelangan juga. Dan jika kereta pekerja dipecah cermin namun pekerja ada insuran kereta sendiri dan harus membuat laporan polis sejurus itu. Pihak majikan hanya menanggung atas “parts” yang hilang/rosak sahaja dan tidak akan bertanggungjawab atas apa apa kerosakan keatas kereta dan harta benda pekerja. Mengulas lebih lanjut tentang isu ini pihak majikan juga menasihatkan pekerja supaya berhati hati apabila memandu dan berwaspada dengan sindiket ini.
Persoalannya pekerja bukan enggan membawa “parts” ini tetapi kerana kadar 50sen ini terlalu sikit. Berat yang berlebihan juga boleh membebankan kereta pekerja dari segi kos minyak dan sistem suspensi.

-50sen memang terlalu sikit
Kebanyakan tempat pelangan berada di pusat bandar yang penuh sesak dengan lalulintas, selaras dengan ini majoriti pekerja juga di tempatkan di pusat bandar. Memang strategik pihak majikan berbuat demikian kerana ia dapat menggurangkan masa untuk pekerja memandu dari tempat ke tempat dan memberi masa respon yang lebih cepat. Namun tetapi, kesesakan lalulintas di pusat bandar memang satu isu yang besar. Kerana kesesakan lalu lintas, pekerjalah yang terpaksa menangung kerugian masa dan minyak.


Contoh pertama di Pulau Pinang, pekerja terperangkap dalam kesesakan selama 1 jam lebih di jambatan pulau pinang ketika waktu puncak, jaraknya hanya 14km atau bersamaan dengan rm7. Kesesakan di jambatan pulau pinang tidak dapat dielakan kerana ada kerja membaik pulih dijalankan dan di jangka siap akhir tahun ini. Kepada pekerja di kawasan itu, beliau cuba elak mengunakan jambatan itu pada waktu puncak tetapi khuatiri akan gagal dalam masa respon ke tempat pelangan.


Contoh seterusnya jalan skudai di johor baru, pekerja sering kali berulang balik mengunakan jalan ini kerana ia merupakan jalan tengah utama untuk pergi ke kebanyakan tempat pelangan namun itu juga jalan skudai terkenal kerana kesesakan lalulintasnya walaupun beberapa tahun yang lalu kerajaan telah menlebarkan jalan tersubut kepada 3 lorong namun sesak juga kerana peningkatan penguna jalan itu juga meningkat.


Contoh ketiganya dan paling merugikan adalah di lembah kelang, tidak payah bercerita banyak kerana pada waktu puncak mahupun waktu biasa hendak ke mana mana pekerja akan terperangkap dalam kesesakan. Bukan setakat kesesakan biasa tetapi ada juga kesesakan luar biasa yang dikaitkan dengan cuaca buruk, kerja penaikan taraf jalan dan kemalangan jalanraya. Sebenarnya bukannya kereta yang rosak atau terbabit dalam kemalangan ini mempengaruhi kesesakan luar biasa ini tetapi sikap pemandu di lembah kelang yang suka melihat, menyibuk dan ada yang memperlahankan kenderaan mereka semata mata untuk mencatit nombor kereta berkenaan. Lebih memburukan keadaan lagi, banyak tempat pelangan berlokasi di pusat bandar yang penuh sesak dan jarak dari poin ke poin tidak jauh jadi pekerja hanya dapat KM yang jauh lebih kurang berbanding dengan pekerja dari negeri lain.


-50sen yang sikit terpaksa mematuhi sistem “GPS” yang kurang "bijak".
Setiap hari pekerja merhadapan dengan masalah ini, pekerja juga dilarang mengambil jalan alternatif yang lebih jauh untuk mengelakan kesesakan kerana kononnya majikan ada sistem “GPS” yang fungsinya khususnya untuk mengenal pasti jarak dari poin ke poin untuk mengelakan pekerja menipu KM. Memang bijak sekali untuk mengunakan sistem GPS oleh majikan tetapi tahukah anda bahawa sistem in perlu di “update”kan dari masa ke semasa untuk mendapatkan maklumat jalan dan jarak terkini kerana setiap hari terdapat kerja pengubahsuaian jalan di mana mana sahaja. Sistem yang digunakan adalah jenis perisian atau “software” yang peta jalan telak dimuatturun atau di datangkan bersama perisiannya. Jadi ketepatan sistem sendiri juga mempunyai kelemahan ini. Sistem “GPS” sebenar ialah “realtime” dimana penguna dapat berinteraksi dengan alat ini dan akan menunjukan indikasi dimana pemamdu itu berada dan menunjukan lokasi yang hendak dituju dan bukan mudah setakat perisian lembut yang di klik menguanakan tetikus oleh majikan. Jadi setakat mana keberkesanan sistem “GPS”nya hanya dia sajalah yang tahu.


Ada insiden dimana pekerja ini menggunakan jalan yang lebih jauh tetapi tidak sesak untuk ke tempat pelangan semenjak dan sebelum sistem “GPS” digunakan dan ditanya oleh majikan kenapa ada jalan utama dan singkat tidak digunakan dan sebab kenapa jarak dari poin ke poin banyak yang lebih sangat. Jawab pekerja adalah untuk mengelakan kesesakan dan tempat yang lain dia hanya tahu satu satunya jalan kerana dia tidak berani untuk mencuba jalan lain sebab takut nanti lebih jauh dan kemunkinan sesat jalan. Kesian, lalu pekerja ini yang tidak biasa dengan jalan disekitar kawasanya meminta agar pihak majikan untuk menbekalkan alat “GPS” untuk keretanya tetapi ditolak atas alasan tiada peruntukan kerana terlalu mahal.

-50sen lagi sikit kalau berbanding dengan dulu dan sekarang
Kadar inflasi dijangka terus naik punca kenaikan harga minyak mentah sedunia. Tidak hairanlah harga kos penyelerengaan juga turut menjadi beban tambahan kepada pekerja.

Dibawah adalah senarai berbezaan harga kos penyelerengaan yang ditawarkan oleh segelintir bengkel biasa dan biasa di kunjungi para pekerja kerana harganya lebih murah dari pusat servis seperti EON.

Haga minyak enjin bergred mineral
Pada awal 2007 = rm60
Sekarang 2008 = rm76
Kenaikan sebanyak 16%

Harga penapis minyak enjin *yang jenis tulin
Pada awal 2007 = rm15
Sekarang 2008 = rm18
Kenaikan sebanyak 20%

Harga bateri jenis ns60 *yang biasa yang perlu tambah air
Pada awal 2007 = rm150
Sekarang 2008 = rm220
Kenaikan sebanyak 46%

Harga tayar bersaiz 195/50/15’ *jenis biasa buatan tempatan
Pada awal 2007 = rm190
Sekarang 2008 = rm220
Kenaikan sebanyak 15%

Harga upah servis kereta berCC 1500 *bengkel biasa dan bukan eon servis
Pada awal 2007 = rm20
Sekarang 2008 = rm25-30
Kenaikan sebanyak = 25-50%

Kesimpulan =
Servis bulanan merangkumi minyak enjin, penapis minyak dan upah adalah seperti berikut
Tahun 2007 = rm95
Tahun 2008 = rm124
Kadar inflasi = 30%

Servis tahunan merangkumi 1 bateri dan tayar 4 biji adalah seperti berikut
Tahun 2007 = rm910
Tahun 2008 = rm1100
Kadar inflasi = 21%

Angka inflasi 21% kemudian dibahagi dengan 12 bulan adalah bersamaan dengan 1.75% sebulan. Kemudian angka ini di tambah ke kadar inflasi bulanan adalah bersamaan dengan 31.75%. Kesimpulannya adalah inflasi kadar kos penyelerengaan telah semakin meningkat jadi adalah wajar jika kenaikan kos penyelerengaan rm0.25 seKM itu juga di naikan sejajar dengan kadar inflasi iaitu rm0.33 seKM. Tidak melampau sangat jika majikan menaikan kadar 50sen seKM kepada 58sen seKM.

Para pekerja di sarata negara sangat mengalu alukan berubahan positive setelah kian lama terbelenggu dalam bermacam macam masalah. Memang adalah masanya untuk suara para pekerja ini di sampaikan ke pihak majikan yang mulia dan bertauliah. Saluran yang sedia ada tidak banyak membantu oleh itu dengan cara inilah satu satunya cara mereka menyuarakan isi hati.

sekian terima kasih
Asalamu Alaikum